Alhamdulillah

Alhamdulillah.

Alhamdulillah syukur *sujud syukur*

Hihihi. Akhirnyaaaaaa... Penantian ku telah berakhir. Setelah gagal sekali, kini ku bangkit semulaaaa! Yearghhhhh....!

Ok ok, nampak macam over je haku ni ken. Please cut it off Syuu. Hahaha ok meh datang dekat. Meh meh duduk kat carpet purple tu. Cerita yang best lagi boom kebaboom bakal dicerita. Rugi kalau tak dengar. Ekekekek sekali lagi melampau. Ok maaf ;)

Ni sebenar benar punyalah benarnya kan, I just want to say that I've pass the JPJ test! Woohoooooo *bunyi kompang* eh? Tetibe pula ada bunyi kompang tu. Over. Hahahaah biarlah. Gua happy sangat ni. Ingat senang ke nak pass test tu? Dengan JPJ bermisai tebal, muka garang, poyoo lagi kerek tu. Haa ingat senang ke? Debaran masa nak amik test tu masih lagi terasa tau. Dua kali pula tu. Nasib baik tak berjumpa dengan JPJ yang sama.

Alright..

Ni nak cerita masa gua nak amik test tu. Cerita masa test ulangan tu ye. Sila tumpukan perhatian ye kengkawan..

*lima minit kemudian*

*krik krik krik*

Ehem *cough cough* Ok macam ni cerita dia, masa bangun pagi tu gua tengok hujan dah turun dengan lebat, masa tu gua fikir test dibatalkan. So gua pun mula terasa berat nak bangun dari katil. Macam best je baring atas katil. Macam syok je kalau sambung tidoq. Ken ken. Lagi-lagi waktu tu tengah hujan. Hey, I'm not lazy okay. I.. Just.. Erm.. Weh, ngkorang jangan nak membongak ah kata tidoq time hujan tu tak best ye. Tipulah kalau kata tak best. Wahahahaha. So, lepas amik masa tidoq lima minit tu, gua gagahkan diri dan bangun juga untuk mandi dan siapkan diri untuk pergi ke kedai Acik Dora tu.

Then, bila dah sampai kat kedai Acik Dora tu, gua tunggu. Gua tunggu punya tunggu sampailah pukul 8.10am. Baru sorang je yang muncul. Patutnya ada 7 orang yang kena hadir kat kedai Acik Dora. Semuanya datang lambat. Kecuali gua sorang. Gua ni budak baik. Datang tepat pukul 8a.m kot. Jangan memain. Gua pakai janji cina maaaaa. Punctuation itu misti ada wooo *flip shawl* Hahaha tah bila gua pakai shawl. Shawl pun tak gheti nak pakai, tetibe nak flip flip bagai. Cey.

So, nak menunggu dorang datang tu, gua menyempat lagi belajar mengait benang dengan cik Dora. Erm, susah gak nk belajar natang tu. Tapi syok. Pas dorang semua datang, kitorang pun pergilah ke Institut Memandu Kami. Bagi yang freshie tu memanglah terasa takut and tak tau apa-apa. Yang repeators macam gua dan dua orang lagi tu terasa macam "hek'eleh, tempat ni lagi. Test ni lagi. Pffffttt" Hahahaha. Betui pe. Bukan gua nak keweks. Tapi dah kenyataan. Bosan kot datang balik kat tempat tu. Masa gua duduk sengsorang, gua TERsalah pandang kat sorang mamat ni. Dia pula asyik nak usha gua je. Gua rasa tak selesa. Bila mamat tu bangun nak pergi tempat lain, gua rasa "what a relief! Phewww". Pahtu kan, malang betoi ah. Gua boleh pula TERpandang belakang dia tu. Gua bukan pervert k. Gua terpandang seluaq dia yang terkoyaq tu. Perghhhhhhh suey suey. Gua teruih pandang ketempat lain. Kalau boleh tak mboh jumpa mamat tu lagi dah. Kesian dia, pergi sana sini dengan seluaq dia yang tekoyak besar tu. Adoi *tepuk dahi*

------

Disebabkan hujan, kitorang terpaksa tunggu sebentar. Dan bagi repeators macam gua pula memang lambat lah nak buat test tu sebab freshie yang kena buat dulu. Gua terjumpa member gua. Iman nama dia. Haritu masa gua jadi freshie, gua terjumpa Izhaam. Dua-dua tu member gua masa sekolah. Tak sangka boleh terjumpa dorang kat tempat yang sama tapi sayang, waktu yang berbeza. Perut gua dah berbunyi kriuk kriuk. So apa lagi, gua pun ciao ke cafe dan makan. Lepastu tunggu balik kat tempat tu balik. Nak menunggu giliran repeators ni memang lambat. Sebab ada berapa puluh manusia freshie yang belum settle lagi. Pula tu time tu kena delay disebabkan hujan. Nasib kitorang ah ken ken.

Pukul 11 something centu, giliran dak dak repeators bahagian II pula. So, kitorang pun gerak ke bawah pondok. Menunggu bila akan dipanggil masuk ke dalam kereta. Macam macam jenis orang kitorang tengok. Cara diorang drive kereta tu lagi. Perghh..

Giliran gua tiba. Gua pun drive cam biasa. First, test kat bukit tu. Gua dapat kereta clutch tinggi. Malang. Tapi takpe. Gua boleh handle. Gua silap. Gua ada buat salah kicik. Tayar kereta gua 50% kedepan. Ingat nak buat lagi sekali, tapi JPJ tu baik hati. Dia kata "takyah takyah, adik dah pass". Caiyaa lah! Sayang lu ah abe JPJ! Eh? Maap.

Next, gua ke tempat parking. Gua buat slow and steady. Gua pass! Gua memang suka bab bab parking ni sebab senang. Tak macam three point turn tu. Disebabkan 3pt tu ah gua failed sebelum ni. Tapi.... test kalini, gua pass 3pt! Gua eksaited habeh. Pas gua hantar balik kereta tu kat tempat bukit. Gua keluar dari kereta dan menuju ke tempat abe JPJ yang jaga 3pt tu. Gua tandatangan dan tulis nama kat kertas tu. Fuhh, masa gua nak sign tu, menggeletaq habeh tangan gua. Tak boleh berhenti. Even dah pegang tangan gua tu pun still menggeletaq lagi. Hahahaha punya lah eksaited. Rasa macam nak melompat. Tapi kena cover. Gua kena sabar. Nak lompat-lompat tu biarlah kemudian. Member member gua yang lain pun pass gak. Alhamdulillah. 24 Disember 2013, tarikh keramat buat gua sebab dapat pass test JPJ tu. Lepas ni toksah nak pi kat tempat tu lagi dah. Gua bahagia! Wakakakakakaka....

Lepas ni gua boleh pergi ke sana sini situ sinun sebab dah ada lesen. Haaaa.. Lesen dah ada. Kereta bila lagi? Hihihihi. Inshaa Allah, ada rezeki adalah kereta tu :)

Tu diaaaaa.. Punyalah happy gua ni sampai bercerita pun macam buat karangan. Melalut pula tu gua bercerita. Ekekekekek. Takpe korang baca entry ni pun ada paedahnya juga. Manalah tau korang nak amik test JPJ juga ke en en. Baru dapat tau debaran dia macam mana. Hihihi.

Ok lah. boi.

Salam.


♡ SELESAI POST ♡

Result sem 1



♡ SELESAI POST ♡

Cuti sem

Salam guys,

Dah agak. Memang dah jangka. Memang dah tau. Mesti failed test JPJ bahagian II. 3 point turn pula tu. Kahkahkahkah. Apa boleh buat. Takde rezeki. 24 haribulan repeat balik. Harap-harap kalini pass dengan jayanya. Please, jangan failed lagi. Kalau tak, nak letak muka kat mana? Dalam pasu bunga? Oh tidak. Sungguh ku tak sanggup. Amit amit deh. Hahaha... Syuu, you have to be more careful. Jangan cuak. Jangan gabra. Jangan takut. Jangan gelabah. Jangan jangan jangan. Kau kena yakin, yakin dan terus yakin. Tapi janganlah terlebih yakin. Sederhana sudehlah. Kang lain pula jadinya. Tau?

Cuti ni banyak mengajar tentang erti "bosan". Ye, bosan. Bosan yang mendalam. Memang bosan duduk kat rumah ni woiiii. Kengkawan semua kat tempat study dorang. Nak keluar sensorang takde feel ah pula. So, cuti ni kerja duduk rumah tak pun tolong family ja. Haa.. Tak lupa gak. Kadang-kadang follow my brothers pergi gym. Hihi. Bukannya selalu pergi pun. Kadang kadang je pergi. I repeat, kadang-kadang. Tak boleh selalu pergi gym. Kang tak pasal-pasal kopak duit tu. Kata nak saving duit untuk something. So, jangan jadi boros.. So yeah, itulah rutin ku sepanjang cuti sem ni. Tapi kan, dengar kata budak lain dah mula sem break. That means kengkawan dah balik sini. Yay, nanti boleh jumpa diorang! Wooohoooo~

Weh korang, dah lama kita tak jenjalan sesama. Main bowling sesama. Lepak kat Ali Maju sesama. Pi Aeon sesama. Apa-apa yang kita buat sesamalah. Nanti kita jumpa eh. Puh-leaseeeee.... *kelip kelip mata*

Satu lagi cerita. Secara tak rasminya, ada penghuni baru dalam rumah ni. Anak tucin ((kucing)) yang comel loteh! Actually, mama kucing tu kitorang tak bela pun. Dia yang menggedik datang rumah. Bertahun dah rasanya. Datang sebab nak cari makanan. Pahtu melepak kat atas sofa. Tak pun atas katil. Like a boss, y'know. Wahahahaha. Tapi nasib baik mama tucin ni dia pandai. Tak "buang" merata-rata tempat. Hmm tau tau jelah sendiri. Tapi kadang-kadang dia tu sombong bila masuk bab makanan. Nak kena kopek makanan pastu suap kat mulut dia, baru nak makan. Pastu bila dah taknak makan, dia jeling. Takpun, jelir lidah. Peeeeeerghh berlagak betui! Hahahahaha. Sombong tak bertempat. Tombok kao kang. Hahahaha. Baby tucin tu baru lahir 19 December 2013. Welcome to this world and welcome to this house. Harap-harap baby tucin tu hidup lagi. Sebab mama tucin tu asyik menghilangkan diri. Tali pusat tu pun still ada kat baby tucin tu. Eeeee apalah mama tucin ni. Jagalah anak tu elok-elok. Ni kita pula yang nak kena risau. Dah macam mak angkat pula rasanya. Takpe, kita kena belajar menjaga sesuatu dari sekarang, ken? Kalau tak, bila lagi nak jaga? Wakakaka ~ Tapi tak taulah nanti baby tucin tu akan stay kat rumah ni lagi ke tak. Takut nanti orang lain nak jaga pula. Hm biarlah. Lagipun parents memang tak kasi bela kucing walaupun hakikatnya dorang yang bagi makanan kat tucin tu. Taknak mengharap dapat jaga baby tucin tu sebab takut lain pula jadi :)

♡ SELESAI POST ♡

Driving class

Hari ini kelas keempat belajar driving. Alhamdulillah, makin lama makin lancar pandu kereta tu walaupun kadang-kadang kereta tu tersengguk-sengguk and mati disebabkan kaki yang malas dan kaku ni. Dalam otak selalu ingat "Pelan pelan tekan pedal minyak. Jejaga dengan brake and clutch. Fokus dengan stereng. Timing gear kena jaga. Signal kiri kanan jangan lupa." Tapi hakikatnya, malas nak tekan clutch and brake. Pastu suka tekan minyak. Hahahaha well, normal lah tu bagi perempuan kan kan? Thanks to abang Ryzal yang menolong dari awal sampai akhir.

Syu, kau kena buat betul-betul. JPJ test is on next Tuesday. Tolong lah, 10 Disember 2013, jadikanlah tu tarikh azimat buatku agar lulus di dalam ujian tu. Amiiiin amiiiin Ya Robbal Alamiiiinn. Tak tahulah bila kelas terakhir nanti. Sebab acik Dora kata nak buat extra class for me. Thanks cik Dora. Hehehe :)

Syu, kau kena kawal perasaan kau. Jangan terlalu sayangkan seseorang macam sebelum ni ye. Kau tu dah selalu patah hati. So, this time you better watch out okay.

Salam.

♡ SELESAI POST ♡