Wey



Kau, kalau buka blog aku ni..
Satu je aku nak pesan.
Jangan nak stalk aku sangat.

Boleh?

Mind your own business.



♡ SELESAI POST ♡

hello

Assalamualaikum! Hi dah lama tak on and update blog ni. Ya Allah, sampai hampir lupa link blog ni, sekali dengan email and password hampir lupa tau. Tah macam mana boleh terfikir lagi nak try usha blog ni pun tak tau lah. Dah lama gila tak update pasal hal seharian en? Well busy woman lah kata kan ngahahahahaha

So.. Nak update apa eh harini ? Erm okay okay, macam macam benda yang jadi tahun ni. Terlalu banyak sampai Syu rasa serabut sangat. Tapi ada benda yang buat paling Syu sedih aaa. Sebab apa? Ok first of all, my dad.. He's gone. Dia meninggal dunia pada 2 august 2015, 6.27pm. Syu rasa terkilan sangat sebab masa daddy meninggal, syu takde kat sisi dia. Syu kat Seri Iskandar lagi masa tu hm. Memang terniat kat hati nak balik tapi entahlah kenapa bodoh sangat masa tu syu tak balik gak.. Time tu Syu teman kawan Syu, Rasyidah pergi survey phone baru kat Angsana Mall, Ipoh. Time on the way pergi tu, mama call. Kitorang borak gurau gurau sekali dengan along and adik. Then tetibe lepas 5 or 10 minit macam tu, mama call and cakap daddy dah takde. Syu tak percaya masa tu. Yelah, kita baru lepas bergurau en. Siapa lak nak percaya? Syu siap marah lagi kata jangan nak buat gurau pasal hal hidup mati ni kat mama sebab syu tak percaya. Lepastu along cakap dengan syu, pun still tak percaya gak. Then, makcik syu call and cakap cakap pasal tu semua baru syu percaya. Syu rasa cam apalah nasib aku ni. It feels like petir datang menyambar kat kepala. Ya Allah, daddy dah pergi. Kakak rindu daddy. Sekarang dah masuk 3 bulan daddy pergi. Rasa macam baru semalam je dia pergi.. Tapi alhamdulillah, daddy meninggal dalam tidur. Dia pergi dalam keadaan yang tenang. Mama kata dia duduk steady kat atas kerusi malas dia tu. Masa ambulance datang nak check keadaan daddy, tangan kaki badan dia masih lembut. Kaki je nampak lebam lebam sikit. Maknanya memang betullah arwah baru je 'pergi'. Pengebumian daddy pun berjalan lancar. Hmm. Daddy, kakak dah jadi anak yatim. Kalaulah masa tu kakak balik, jaga daddy. Rasanya kakak takdelah menyesal terkilan macam ni kot. Kakak tak sempat nak minta maaf kat daddy. Kakak cuma sempat peluk cium daddy masa minggu lepas sebelum daddy 'pergi' je. Puas ke dapat peluk daddy time tu? Memang tak puas. Masa daddy dimandikan, kakak harap sangat daddy bangun balik. Kakak nak menangis, tapi kakak tahan. Sebab kakak taknak daddy terseksa. 'Bau' tu memang kakak tak dapat lupakan. Peluk cium kakak untuk daddy masa tu memang terasa daddy jauhhhhh sangat dengan kakak. Kakak kucup dahi pipi daddy, sejuk sangat badan daddy. Kakak sempat lagi main jangut daddy tu hehe.

Daddy..
Kakak sedih sebab daddy tak dapat jadi wali kakak. Kakak selalu terbayangkan daddy jadi wali kakak. Kakak selalu mimpi daddy dapat tengok suami kakak nanti, dapat timang cucu. Macam awal sangat kakak terfikir tu semua kan dy? Tapi tulah impian kakak. Siapa nak belikan kakak apam kesukaan kakak yang kat pasar selayang? Siapa lagi yang nak tukarkan battery jam kakak kalau battery jam dah habis? Siapa lagi yang nak tolong belikan sarapan untuk kakak? roti canai, nasi lemak, bihun goreng takde tauge tu semua. Siapa lagi yang nak bergurau dengan kakak kalau bukan daddy? Kakak nak daddy. Nak peluk daddy. Nak cium pipi daddy. Kakak nak main perut daddy yang comel tu. Nak main pusat daddy. Dulu time kecik kakak selalu main pusat daddy ken? Hehehe. Lepastu kan, tiap kali kakak nampak ada pakcik pakcik yang bawak anak kecik dorang jenjalan naik motor, kakak teringat sangat kat daddy. Dulu kan kita selalu pusing satu taman, pastu kakak duduk kat bahagian bakul depan tu main nganga mulut aaaaaaaaaaaaa macam tu huhu. Erm apa lagi eh? Banyak sangat memori dengan daddy sampai tak terkira rasanya.

Hm Ya Allah.. Terima kasih kerana Kau telah meminjamkan seorang ayah yang sangat baik, walaupun dia tegas, selalu marah. Tapi lepas dia marah, mesti dia pujuk balik. Jasa daddy kakak takkan dapat lupakan. Kau tenangkanlah roh daddy. Tempatkanlah dia dalam kalangan orang yang beriman. Tempatkanlah dia disisiMu Ya Allah. Hmm.. I really miss you dad. I really do. Takkan lupa daddy dalam ingatan kakak sampai bila bila. Amin.

Ok jangan sedih Syu. Jangan sedih. Big girl dont cry meh. Sadokan hati. Jangan bagi orang nampak kita sedih. Jangan bagi orang nampak kita ni lemah. Takyahlah cerita pape kat orang, takyah susahkan oranh lain dengan cerita sedih kau tu Syu. Rilek je ok?

Ok next story. you know that I've been single for like 2 years and half right? Entah tak hingat hahah erm. Ada je yang sebenarnya yang nak try mengayat syu. Nak ngorat syu tu semua lah en. Syu pernahlah try gak nak sweet sweet dengan orang orang tu, tapi entoh. Rasa cam tak boleh nak terima je. Ingatkan  bila dah sweet dengan orang tu bolehlah tahan lama, tapi hati syu rasa he's not the right one for me. He's not the right man for me. Yeap, rasa macam tulah. Maybe lah kan. Syu suka orang lain pun tak berbalas. Sebab tulah malas nak suka orang dah. And then, ada sorang lelaki ni. Hihihi, he's my senior kat kolej tau. Nama dia? Jeng jeng jeng.... *bunyi mercun pop pop*. Entah macam mana boleh ter-rapat dengan dia pulak. Dah lama kenal dia since sem berapa tah. Masa tu Syu sem 1, dia sem 3  kot. Kot ah. Syu follow ig dia, sebab nak tengok siapa mamat yang accident tu sebab time tu kecoh pasal dia en. Lepas tu, macam tak sangka dia boleh follow back. Wuwuwuwuwuw~ Pastu lama lama.. Eh? Dia follow kat twitter lak. Kita pun apaaaa lagi, follow ah balik. huhuhuhuhu. Suka kau en Syu? Ok ok lepastu, tah start cane boleh tegur tegur biasa kat twitter and comment kat ig. Start rapat time kitorang nak balik sama sama daripada rawang ke seri iskandar. Masa tu lepas raya haji tau. Then lama lama kitorang start chat blabablabla. Dah mula rasa tertarik gak ah kat dia sebab apa tu tak tau huhu... Eh tapi sebenarnya en, Syu ada terusha dia gak dulu dulu. Nak kata suka tu.. Erm tak tau nak cakap cane. Suka, tapi macam takat gitu gitu je. Takdelah nampak macam obses sangat ke apa. Apa orang kata tu? Minat macam tu jelah haaaa. Syu selalu stalk dia kat ig and twitter. Tapi masa tu dia erm hahahahahhahahahaha ok takpelah diam ok diam. Ok sambung, bila kitorang dah start chat chat tu, syu ada terasa macam, wow mamat ni tegur akuuuuu kat wechat lahhhhh hahahaha! Lagi terkejut masa dia belikan makanan untuk syu time syu nak pergi program CSR 16oct-18oct haritu. Dia belikan roti coklat and air mineral. Walaupun biasa je makanan tu tapi terharu gak ah en sebab baru berapa minggu rapat dengan dia kot. Hahahahaahahah ok diam. Then bila dah lama lamaaaaaaa chat chat tu semua, dia confess mengaku suka syu start daripada dia tegur tegur spam kat insta. Syu tak percaya gak ah sebab kot kot dia nak memain ke en. Sebab, ye aaaaaaa. Macam mana pula boleh suka kat aku sedangkan ramai lagi dak perempuan yang lagi cantik. Tetibe dia boleh cakap dia suka kita. Pelik jap pastu ok dah.

Hmm.. Syu harap dia tak macam lelaki lain. Harap dia boleh terima baik buruk syu. Harap dia boleh terima yang syu ni bukan macam perempuan lain. Syu ni orang biasa je, pandai pun tak sangat, kaya pun tak langsung, cantik pun idok ler en. Ceh, buat ayat sedih lak ngko ni ye? Tapi betullah en, setengah lelaki nak yang perempuan pakej complete. Syu ni ala carte je hahahaa xD

Ermmmmmmmmmmmmm... Harap dia tak macam Faizal. Amin.



♡ SELESAI POST ♡