Salam and hi. Tanpa segan dan silu, Syu nak teruskan je post ni ye. Hee. Okay, mulakan. Sekarang ni Syu tengah bosan. Tadi baru je lepas kemaskan tempat hamster and then kemas bilik yang bersepah. Bilik bersepah? Haa yelah, bilik bersepah. Haha. Syu mana ada kongsi bilik dengan sesiapa so sebab tulah bilik agak terabai........ Mama and makcik selalu membebel
"kakak ni tak reti betul lah nak kemas bilik. Tengok tu, kemas katil pun tak pass lagi. Almari, Ya Allah! Lagilah bersepah. Kalau nak pergi Narnia pun rasanya terbantut kat tengah jalan je. Haihh tengok tu tengok tu. Barang sana sini campak merata-rata. Adui, berubahlah kak. Berubahlah. Dah berbuih mama and makcik cakap tau.."
Okay, ni baru sikit je diorang membebel. Belum lagi bab-bab yang lain. Hehehe sorry ma and makcik. Kakak minta maap ye. Lain kali kakak buat lagi. Opssss.......
But hey, sorry sikit eh. Jangan bila dah dengar macam tu, korang terus nak cakap Syu ni pemalas. Excuse me. That's not me. Okay, actually Syu ni bukanlah pemalas mana pun. Syu ni kira rajin juga whaaaat. Tapi semua tu kena ikut mood. So, janganlah rosakkan mood Syu ye. And kalau time tu Syu tengah rajin, janganlah tegur apa-apa ataupun nak memerli. Sebab nanti secara automatik perangai Syu akan berubah serta merta.. Hmm Syu ni kalau dah rajin, terlampau rajin sangat. Tapi kalau dah malas mula menguasai diri.... Err tahu-tahu jelah sendiri ken --" Kadang-kadang bila someone mintak tolong kat Syu time Syu tengah malas, Syu akan kata..
"Haa kejap lagi kejap lagi. Sabarlah... Hishh sabarlaaaaaaaaaaaaaah! Nanti Syu buat. Jangan risau."Kalau orang tu dah mula nak marah, Syu akan cakap..
"Arghh buatlah sendiri. Hishhh!"
Hm tengok tu, ayat yang sama dan sama dan sama dan sama lagi sampai orang boleh fed up dengan Syu tau. Ngeh ngeh~ :3
Apa? Ingat orang suka ke kalau kena paksa? Of courselah tak kan kan? Syu pun macam tu juga. Syu buat apa yang Syu rasa patut buat. Jangan paksa Syu okay. Cakap sekali tu sudahlah. Jangan nak over sangat. Syu cakap ni untuk sesiapa jelah. Random. So please please please, kamu jangan nakal~~~~ Eh? Apa kaitan? Haha k k tak lawak. Maaf . Hew hew :(
Haa ye kawan-kawan. Dengan ini, maka berakhirlah sesi celoteh yang tiada kesudahannya.. Sebab makin banyak Syu menaip, makin banyaklah Syu akan merapu. Ngeh ngeh ngeh~ Sorry. Korang kenalah tunggu post yang lain ye. Bye sayonara! xoxo
P/s: Sila jangan contohi perangai budak tak senonoh ni. Korang kena rajin juga walaupun korang malas ye. Utamakan sikap kerajinan dalam diri! Chaiyokk :)